BID’AHKAH KENDURI TAHLILAN ??

Posted: Mei 31, 2013 in BID'AH, STOP MENUDUH BID'AH !!
Tag:

TAHLILAN UJE

Tahlilan merupakan istilah bagi orang-orang yang berkumpul atau berjama’ah dan membacakan beberapa ayat Al-qur’an , dzikir serta do’a dan di mohonkan kepada allah agar bermanfa’at bagi si mayit, kita kaji isi dari tahlilan tersebut:

Thawus al-Yamani adalah seorang tabi`in terkemuka dari kalangan ahli Yaman. Beliau bertemu dan belajar dengan 50 – 70 orang sahabat Junjungan Nabi s.a.w. Thawus menyatakan bahawa orang-orang mati difitnah atau diuji atau disoal dalam kubur-kubur mereka selama 7 hari, maka adalah mereka menyukai untuk diberikan makanan sebagai sedekah bagi pihak si mati sepanjang tempoh tersebut.

Hadis Thawus ini dikategorikan oleh para ulama kita sebagai mursal marfu’ yang sahih. Ianya mursal marfu’ kerana hanya terhenti kepada Thawus tanpa diberitahu siapa rawinya daripada kalangan sahabi dan seterusnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Tetapi oleh kerana ianya melibatkan perkara barzakhiyyah yang tidak diketahui selain melalui wahyu maka dirafa’kanlah sanadnya kepada Junjungan Nabi s.a.w. Para ulama menyatakan bahawa hadis mursal marfu’ ini boleh dijadikan hujjah secara mutlak dalam 3 mazhab sunni (Hanafi, Maliki dan Hanbali, manakala dalam mazhab kita asy-Syafi`i ianya dijadikan hujjah jika mempunyai penyokong (selain daripada mursal Ibnu Mutsayyib). Dalam konteks hadis Thawus ini, ia mempunyai sekurang-kurangnya 2 penyokong, iaitu hadis ‘Ubaid dan hadis Mujahid. Oleh itu, para ulama kita menjadikannya hujjah untuk amalan yang biasa diamalkan oleh orang kita di rantau sini, iaitu apabila ada kematian maka dibuatlah kenduri selama 7 hari di mana makanan dihidangkan dengan tujuan bersedekah bagi pihak si mati.

Hadis Thawus ini dibahas oleh Imam Ibnu Hajar dalam “al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah” jilid 2 mukasurat 30. Imam besar kita ini, Syaikh Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami as-Sa’di al-Anshari ditanya dengan satu pertanyaan berhubung sama ada pendapat ulama yang mengatakan bahawa orang mati itu difitnah/diuji atau disoal 7 hari dalam kubur mereka mempunyai asal pada syarak.

Imam Ibnu Hajar menjawab bahawa pendapat tersebut mempunyai asal yang kukuh (ashlun ashilun) dalam syarak di mana sejumlah ulama telah meriwayatkan (1) daripada Thawus dengan sanad yang shahih dan (2) daripada ‘Ubaid bin ‘Umair, dengan sanad yang berhujjah dengannya Ibnu ‘Abdul Bar, yang merupakan seorang yang lebih besar daripada Thawus maqamnya dari kalangan tabi`in, bahkan ada qil yang menyatakan bahawa ‘Ubaid bin ‘Umair ini adalah seorang sahabat kerana beliau dilahirkan dalam zaman Nabi s.a.w. dan hidup pada sebahagian zaman Sayyidina ‘Umar di Makkah; dan (3) daripada Mujahid.
Dan hukum 3 riwayat ini adalah hukum hadis mursal marfu’ kerana persoalan yang diperkatakan itu (yakni berhubung orang mati difitnah 7 hari) adalah perkara ghaib yang tiada boleh diketahui melalui pendapat akal. Apabila perkara sebegini datangnya daripada tabi`i ianya dihukumkan mursal marfu’ kepada Junjungan Nabi s.a.w. sebagaimana dijelaskan oleh para imam hadits. Hadits Mursal adalah boleh dijadikan hujjah di sisi imam yang tiga (yakni Hanafi, Maliki dan Hanbali) dan juga di sisi kita (yakni Syafi`i) apabila ianya disokong oleh riwayat lain. Dan telah disokong Mursal Thawus dengan 2 lagi mursal yang lain (iaitu Mursal ‘Ubaid dan Mursal Mujahid), bahkan jika kita berpendapat bahawa sabit ‘Ubaid itu seorang sahabat nescaya bersambunglah riwayatnya dengan Junjungan Nabi s.a.w.
Selanjutnya Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa telah sah riwayat daripada Thawus bahawasanya “mereka menyukai/memustahabkan untuk diberi makan bagi pihak si mati selama tempoh 7 hari tersebut.” Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa “mereka” di sini mempunyai 2 pengertian di sisi ahli hadis dan usul. Pengertian pertama ialah “mereka” adalah “umat pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. di mana mereka melakukannya dengan diketahui dan dipersetujui oleh Junjungan Nabi s.a.w.”; manakala pengertian kedua pula ialah “mereka” bermaksud “para sahabat sahaja tanpa dilanjutkan kepada Junjungan Nabi s.a.w.” (yakni hanya dilakukan oleh para sahabat sahaja).

Ikhwah jadi kita dimaklumkan bahawa setidak-tidaknya amalan “ith’aam” ini dilakukan oleh para sahabat, jika tidak semuanya maka sebahagian daripada mereka. Bahkan Imam ar-Rafi`i menyatakan bahawa amalan ini masyhur di kalangan para sahabat tanpa diingkari. Amalan memberi makan atau sedekah kematian selama 7 hari mempunyai nas yang kukuh dan merupakan amalan yang dianjurkan oleh generasi awal Islam lagi, jika tidak semua sekurang-kurangnya sebahagian generasi awal daripada kalangan sahabi dan tabi`in. Oleh itu, bagaimana dikatakan ianya tidak mempunyai sandaran.

Imam as-Sayuthi juga telah membahaskan perkara ini dengan lebih panjang lebar lagi dalam kitabnya “al-Hawi lil Fatawi” juzuk 2 di bawah bab yang dinamakannya “Thulu’ ats-Tsarayaa bi idhzhaari maa kaana khafayaa” di mana antara kesimpulan yang dirumusnya pada mukasurat 194:-
· Sesungguhnya sunnat memberi makan 7 hari. Telah sampai kepadaku (yakni Imam as-Sayuthi) bahawasanya amalan ini berkekalan diamalkan sehingga sekarang (yakni zaman Imam as-Sayuthi) di Makkah dan Madinah. Maka zahirnya amalan ini tidak pernah ditinggalkan sejak masa para sahabat sehingga sekarang, dan generasi yang datang kemudian telah mengambilnya daripada generasi terdahulu sehingga ke generasi awal Islam lagi (ash-shadrul awwal). Dan aku telah melihat kitab-kitab sejarah sewaktu membicarakan biografi para imam banyak menyebut: ” dan telah berhenti/berdiri manusia atas kuburnya selama 7 hari di mana mereka membacakan al-Quran”.

· Dan telah dikeluarkan oleh al-Hafidz al-Kabir Abul Qasim Ibnu ‘Asaakir dalam kitabnya yang berjodol “Tabyiin Kadzibil Muftari fi ma nusiba ilal Imam Abil Hasan al-’Asy’ariy” bahawa dia telah mendengar asy-Syaikh al-Faqih Abul Fath NashrUllah bin Muhammad bin ‘Abdul Qawi al-Mashishi berkata: “Telah wafat asy-Syaikh Nashr bin Ibrahim al-Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyik. Kami telah berdiri/berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca kami al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.”

Ikhwah, “ith`aam” ini boleh mengambil apa jua bentuk. Tidak semestinya dengan berkenduri seperti yang lazim diamalkan orang kita. Jika dibuat kenduri seperti itu, tidaklah menjadi kesalahan atau bid`ah, asalkan pekerjaannya betul dengan kehendak syarak.
(1)-perkumpulan dzikir dalilnya:

لإيقعد قوم يذكرون الله ألا حفتهم الملائكة وعشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم الله فيمن عنده

Tidaklah segerombolan orang itu duduk2 dalam keadaan berdzikir kepada Alloh, kecuali para malaikat mengepungi mereka, dan Rahmat menyelimuti mereka, dan ketenangan turun atas mereka, dan Alloh menyebut mereka kepada para malaikat di sisiNya (HR.muslim, tirmidzi,ibnu majah)

(2)-bacaan tahlil, tahmid, dan sebagainya. Dalilnya:

يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بمعروف صدقة ونهي عن منكر صدقة ويجزء من ذلك ركعتان من الضحى

Pada waktu pagi terdapat sodaqoh yang harus atas tiap persedian kalian, maka tiap tasbih itu merupakan sodaqoh, dan tiap tahmid itu sodaqoh, dan tiap tahlil itu sodaqoh, dan tiap takbir itu sodaqoh, memerintahkan kebaikan juga sodaqoh dan melarang kemungkaran itu sodaqoh, dan dua Rokaat saja dari sholat dhuha itu sudah mencukupi dari semua itu (HR.muslim)

Mahallus syahid atau tempat pengambilan faedah yaitu sabda nabi yang mengatakan bahwa tiap tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir itu oleh beliau di katakan sebagai sodaqoh.

(3)-doa bersama. Dalilnya:

لإيجتمع ملاء فيدعو بعضهم ويوءمن بعضهم ألا أجابهم الله

Tidaklah segerombolan orang itu berkumpul lalu ada sebagian dari mereka yang berdoa dan ada sebagiannya yang mengamini kecuali Alloh pasti mengabulkan doa mereka (HR.al hakim, hadits hasan. Jamiul ahadits: 17/36)

(4)-sodaqoh buat mayyit. Dalilnya:

Dan para ulama semuanya ittifaq bahwa pahala sodaqoh itu sampai kepada mayyit, dan telah telah di sebutkan di atas bahwa tasbih, tahmid, tahlil dan takbir itu merupakan sodaqoh.

memberikan sedekah dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang telah meninggal dunia adalah Sunnah berdasarkan Hadis:

عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – إِنَّ أُمِّى افْتُلِتَتْ نَفْسَهَا ، وَأُرَاهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ « نَعَمْ ، تَصَدَّقْ عَنْهَا » .(رواه البخاري ومسلم)

Artinya: Aisyah menceritakan bahwa ada seorang laki-laki yang datang menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai rasulullah, ibuku meninggal dunia tiba-tiba. Aku kira bila sempat berbicara tentulah ia akan bersedekah. Apakah aku bersedekah atas nama dia?”. Rasulullah SAW bersabda: “Ya, bersedekahlah atas namanya” (HR Al Bukhari dan Muslim).

أَنَّ سَعْدَ بْنَ عُبَادَةَ – رضى الله عنهم – أَخَا بَنِى سَاعِدَةَ تُوُفِّيَتْ أُمُّهُ وَهْوَ غَائِبٌ ، فَأَتَى النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّى تُوُفِّيَتْ وَأَنَا غَائِبٌ عَنْهَا ، فَهَلْ يَنْفَعُهَا شَىْءٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ بِهِ عَنْهَا قَالَ « نَعَمْ » . قَالَ فَإِنِّى أُشْهِدُكَ أَنَّ حَائِطِى الْمِخْرَافَ صَدَقَةٌ عَلَيْهَا . (رواه البخاري)

Artinya: Bahwasanya Ibunda Sa’ad bin Ubadah RA seorang keluarga Bani Sa’idah meninggal dunia ketika Sa’ad tidak ada di tempat. Ia pun bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia pada saat aku tidak di sampingnya. Apakah ada sesuatu yang dapat aku sedekahkan atas nama dia?” Rasulullah SAW bersabda: “Ya”. Sa’ad berkata: “Aku persaksikan kepada engkau, sungguh aku punya sebidang kebun, kini aku sedekahkan atas nama ibuku” (HR Al Bukhari dan Muslim).
(5) Kita kutip pendapat para ulama dari berbagai madzhab sebagaimana di bawah ini
sampainya pahala selain sodaqoh dan doa:

(1)-Madzhab hanabilah: Al imam baha’uddin abdurrohman Al maqdisi Al hambali berkata dalam kitabnya Al uddah syarhul umdah:

وأما قراءة القرءان وأهداء ثوابه للميت فالأجماع واقع على فعله من غير نكير . وقد صح الحديث ان الميت ليعذب ببكاء أهله . والله سبحانه أكرم من ان يوصل اليه العقوبة ويحجب عنه المثوبة

Adapun membaca Al qur’an dan menghadiahkan pahalanya untuk mayyit maka perbuatan itu telah di sepakati tanpa ada yang mengingkarinya.­­ Sedangkan telah di sebutkan dalam hadits soheh “sesungguhnya mayyit itu akan di siksa sebab tangisan keluarganya” dan Alloh SWT, tidak mungkin (Alloh maha pemurah) untuk menyampaikan siksaan kepada mayyit itu sedangkan DIA menghalangi sampainya pahala kepadanya.. (Al uddah syarh Al umdah: 1/115)

(2)-madzhab malikiyah: imam ibnul haj berkata:

لو قرأ فى بيته واهدى اليه لوصلت وكيفية وصولها انه إذا فرغ من تلاوته وهب ثوابها له أو قال اللهم اجعل ثوابها له فإن ذلك دعاء بالثواب لأن يصل إلى أخيه والدعاء يصل بلا خلاف

Jika seseorang membaca Al qur’an di rumahnya lalu menghadiahkan pahalanya kepada mayyit maka akan sampai. Dan untuk menyampaikan yaitu dengan cara berdoa setelah selesai membaca Al qur’an itu dan menghadiahkan pahalanya buat mayyit tersebut. Atau dengan berdoa “ya Alloh sampaikanlah pahala bacaan qur’an ini padanya” karna itu merupakan doa agar pahala tersebut di sampaikan kepada mayyit itu. Sedangkan doa itu akan sampai tanpa ada khilafiyah antar ulama. (Al madkhol: tahqiqul amal: 35)

(3)-madzhab syafi’iyah: Al imam nawawi berkata:

ويستحب ان يقرأ من القرءان ما تيسر ويدعو لهم عقبها نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب

Dan di sunnahkan membaca apa yang mudah dari Al qur’an lalu berdoa buat ahli kubur itu sesudahnya. Hal ini telah di jelaskan imam syafii dan telah di sepakati ulama madzhab syafii (Al majmu’: 5/276)

(4)-madzhab hanafiyah: imam Az-zailaa’i Al hanafi berkata:

الاصل فى هذا الباب ان الانسان له ان يجعل ثواب عمله لغيره عند أهل السنة والجماعة صلاة كان أو صوما أو حجا أو صدقة أو قراءة قرءان أو إلاذكار إلى غير ذلك من جميع أنواع البر ويصل ذلك إلى الميت وينفعه

Pokok permasalahan dalam bab ini adalah: bolehnya bagi seseorang untuk menghadiahkan pahala amalnya kepada orang lain menurut ahlussunnah wal jamaah, baik berupa sholat, puasa, haji, sodaqoh, membaca al qur’an atau dzikir dzikir (tahlilan) dan semacamnya dari semua amal amal kebaikan dan pahala tersebut akan sampai dan bermanfaat baginya. (Tabyinul haqo’iq: 2/83)

Dan semacamnya. Bahkan ibnu taimiyah sendiri mengamini bahwa bacaan tahlil tahmid dan semacamnya itu sampai kepada mayyit dan bermanfaat baginya, seperti kutipan tanya jawab berikut ini:

وسئل عن قراءة أهل الميت تصل اليه والتسبيح والتحميد والتهليل والتكبير إذا أهداه إلي الميت يصل ثوابها أم لا؟ فأجاب : يصل إلى الميت قراءة أهله وتسبيحهم وتكبيرهم وسائر ذكرهم لله تعالى إذا أهدوه إلى الميت وصل اليه والله أعلم

Ibnu taimiyah di tanya tentang bacaan qur’an dari keluarga mayyit apakah sampai padanya? Juga tasbih, tahmid, tahlil dan takbir apabilah di hadiahkan kepada mayyit apakah pahalanya sampai apa tidak? Beliau menjawab: bacaan keluarga mayyit akan sampai kepada mayyit itu begitu juga tasbih, dan takbir mereka apabila mereka menghadiahkannya kepada mayyit maka akan sampai padanya wallohu a’lam. (Majmu’ fatawa ibnu taimiyah:24/324)

TUDUHAN SALAFY BAHWA TAHLILAN ADALAH TASYABBUH

Akhir akhir ini, untuk menghapus tahlilan, wahhabi menggunakan dalil baru setelah dalil dalil pengharaman mereka terhadap tahlilan dapat di patahkan oleh para pejuang aswaja, wahhabi sekarang berdalil dari kitab hindu (wedha) dan menjelaskan bahwa waktu tahlilan itu serupa dengan tradisi agama hindu. Mereka berdalil dengan hadits:

من تشبه بقوم فهو منهم

Barangsiapa yang berserupa dengan satu kaum, maka dia termasuk dari kaum itu [Abu dawud, Nasa’i]

Ketahuilah, bahwa wahhabi terlalu gegabah memaknai hadits dan terkesan serampangan. Padahal maksud hadits tersebut ialah sebagaimana di jelaskan oleh ibnu taimiyah yang di kutip dalam kitab fatawal Azhar :

ومعنى قولهم فهو منهم انه كافر مثلهم ان تشبه بهم فيما هو كفر كأن عظم يوم عيدهم تبجيلا لدينهم أو لبس زنارهم أو ما هو من شعارهم قاصدا بذلك التشبه بهم استخفافا بالإسلام كما قيد به أبو السعود والحموي على الأشباه وإلا فهو مثلهم فى الإثم فقط لا فى الكفر كما فى الفتاوى المهدية. وإنما شرطنا فى الإثم قصد التشبه لأن فى الحديث ما يدل على ذلك إذ لفظة التشبه تدل على القصد

maksud dari sabda nabi [maka dia termasuk dari kaum itu] ialah dia kafir apabila meniru mereka dalam perkara kekafiran, seperti memuliakan hari raya mereka dengan maksud mengagungkan agama mereka. Atau seperti memakai sabuk mereka atau syiar mereka dengan sengaja meniru mereka dengan maksud meremehkan (aturan) agama islam. Sebagaimana yang telah di syaratkan oleh abu sa’ud dan Al hamawi dalam syarah Al asybaah. Dan jika tidak bermaksud demikian maka orang itu hanya berdosa saja tidak sampai kafir sebagaimana yang telah di jelaskan dalam kitab Al fatawa Al mahdiyah.

Dan sesungguhnya kami menyaratan di dalam masalah memperoleh dosa itu harus dengan adanya kesengajaan meniru, itu di karenakan dalam hadits tersebut menunjukkan keharusan adanya kesengajaan meniru tersebut. Karna lafadz “At-tasyabbuh” itu menunjukkan adanya kesengajaan. [Fatawal Azhar: 5/472]

Dan kaum muslimin nusantara jelas tidak ada maksud untuk meniru tradisi apalagi agama mereka. Tetapi mengikuti fatwa ulama islam sendiri. Di sebutkan bahwasannya ulama pakar hadits yaitu Al Allamah imam ibnu hajar Al asqolani menjelaskan tentang hadits

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يأتي مسجد قباء كل سبت ماشيا وراكبا وكان عبد الله رضي الله عنه يفعله

Dari ibnu umar RA, beliau berkata: nabi SAW, selalu mendatangi masjid quba’ tiap hari sabtu dengan berjalan kaki dan berkendaraan, Abdulloh bin umar RA, juga melakukan hal yang sama (HR.bukhori,muslim)

Mengomentari hadits ini beliau berkata:

وفى هذا الحديث على اختلاف طرقه دلالة على جواز تخصيص بعض الأيام ببعض الأعمال الصالحة والمداومة على ذلك

Dalam hadits ini dengar berbagai jalurnya yang berbeda beda, terdapat petunjuk atas bolehnya menentukan sebagian hari hari dengan sebagian amal saleh dan melakukannya secara terus menerus [Fathul bari: 3/69]

Dan fatwa syekh nawawi Al bantani dalam kitabnya nihayatuz zain bahwa adanya pelaksanaan sodaqoh pada waktu waktu tertentu itu hanya merupakan tradisi saja beliau menjelaskan:

والتصدق عن الميت بوجه شرعي مطلوب ولا يتقيد بكونه فى سبعة أيام أو أكثر أو أقل وتقييده ببعض الأيام من العوائد فقط كما افتى بذلك السيد احمد دحلان . وقد جرت عادة الناس بالتصدق عن الميت فى ثالث من موته وفى سابع إلى تمام العشرين وفى الأربعين وفى المائة وبعد ذلك يفعل كل سنة حولا فى يوم الموت كما أفاده شيخنا يوسف السنبلاويني

Dan bersedekah untuk mayyit dengan jalan yang di syariatkan itu di anjurkan. Dan sedekah itu tidak terikat dengan tujuh hari atau lebih banyak atau sedikit. Dan melaksankan sedekah itu dengan hari hari yang di tentukan itu hanya merupakan tradisi saja seperti yang di fatwakan sayyid ahmad zaini dahlan, dan orang orang telah membuat tradisi dengan bersedekah untuk mayyit pada ketiga hari atau tujuh hari sampai dua puluh hari dari kematiannya si mayyit, juga pada ke empat puluh harinya dan seratus harunya. Setelah itu di laksanakan pada tiap tiap tahun yang bertepatan dengan hari kematiannya. Sebagaimana di fatwakan oleh guru kami syekh yusuf As-sambalawini (nihayatuz zain:281)

Sebagian dari wahhabi berkata: dalil sodaqoh kok di jadikan dalil tahlilan?? Saya katakan: memangnya tahlilan itu tidak ada sodaqoh di dalamnya??

Source: mahfuzhalbukhory.blogspot.com  & Abil Mikdad Ngali Khaidar

Baca Juga :

Komentar
  1. Lukman mengatakan:

    Bismillah.
    “Dan fatwa syekh nawawi Al bantani dalam kitabnya nihayatuz zain bahwa adanya pelaksanaan sodaqoh pada waktu waktu tertentu itu hanya merupakan tradisi saja” Rasul SAW tidak mengajarkan kepada kita tahlilan dan para sahabat nabi tidak melaksanakan tahlilan, bagimana bisa kita melakukan tahlilan yang tidak ada contoh dari Rasul SAW, ini merupakan hal yang meng ada ada dalam suatu agama. SEmoga Allah memberika taufik dan hidayahnya. Aamiin.

    • generasisalaf mengatakan:

      Al-Imam Ibn Muflih al-Hanbali (ulama panutan Wahhabi), mengutip dalam kitabnya al-Adab al-Syar’iyyah, juz 2, hal. 47, dari Ibn ‘Aqil al-Hanbali, anjuran agar tidak meninggalkan tradisi masyarakat selama tradisi tersebut tidak haram.

      وَقَالَ ابْنُ عَقِيلٍ فِي الْفُنُونِ لَا يَنْبَغِي الْخُرُوجُ مِنْ عَادَاتِ النَّاسِ إلَّا فِي الْحَرَامِ فَإِنَّ الرَّسُولَ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – تَرَكَ الْكَعْبَةَ وَقَالَ «لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ الْجَاهِلِيَّةَ» وَقَالَ عُمَرُ لَوْلَا أَنْ يُقَالَ عُمَرُ زَادَ فِي الْقُرْآنِ لَكَتَبْتُ آيَةَ الرَّجْمِ. وَتَرَكَ أَحْمَدُ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ لِإِنْكَارِ النَّاسِ لَهَا، وَذَكَرَ فِي الْفُصُولِ عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْمَغْرِبِ وَفَعَلَ ذَلِكَ إمَامُنَا أَحْمَدُ ثُمَّ تَرَكَهُ بِأَنْ قَالَ رَأَيْت النَّاسَ لَا يَعْرِفُونَهُ، وَكَرِهَ أَحْمَدُ قَضَاءَ الْفَوَائِتِ فِي مُصَلَّى الْعِيدِ وَقَالَ: أَخَافُ أَنْ يَقْتَدِيَ بِهِ بَعْضُ مَنْ يَرَاهُ.

      “Imam Ibnu Aqil berkata dlm kitab al-funun “tidak pantas/tidak baik keluar dari tradisi masyarakat, kecuali tradisi yg haram, karena Rasulullah Saw telah membiarkan ka’bah dan berkata (seandainya kaummu tidak baru saja meninggalkan masa2 jahiliyyah) dan Sayyidina Umar berkata seandainya orang2 tidak akan berkata, Umar menambah Al-Qur’an, aku menulis ayat rajam di dalamnya” Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan 2 rokaat sebelum maghrib karena masyarakat mengingkarinya. Dalam kitab al-fushul di sebutkan tentang 2 rokaat sebelum maghrib Imam kami Ahmad bin Hanbal awalnya mengerjakan, namun kemudian beliau meninggalkannya dan beliau berkata “aku melihat orang2 tidak mengetahuinya”, dan Imam Ahmad memakruhkan melakukan sholat qodho’ di musholla pada waktu hari raya ied, dan beliau juga berkata “saya khawatir/takut sebagian orang yg melihatnya akan ikut2an mengerjakannya”.

  2. Lukman mengatakan:

    bukankah jejak nabi muhammad Saw kita ikuti, tapi antum mengikuti tradisi, yang mana dasarnya dari mana. (hati-hati jika tidak sahih ataupun dari kalangan syiah).

    • generasisalaf mengatakan:

      Tuduhan anda bahwa kami mengikuti ulama syi’ah, adalah tuduhan dan fitnahan yang kejam & tidak berdasar sama sekali, kiranya dalil dari Imam Muhadits bermazhab Syafi’i yaitu Imam Suyuti & syekh Nawawi Al bantani (Mufti Mekkah) yang disebutkan pula sebagai Imam Nawawi Tsani telah cukup…silahkan anda kemukakan dalil khusus pelarangannya, jika tidak ada??, maka jangan sampai anda terkena peringatan Allah dalam surat An Nahl : 116

      “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.” lalu berkata, “YAKNI JANGANLAH KALIAN ASAL BERKATA INI HARAM ITU HARAM!”

      • Abu Nawfal mengatakan:

        “Thawus menyatakan bahwa orang-orang mati difitnah atau diuji atau disoal dalam kubur-kubur mereka selama 7 hari.”
        Bagaimana dengan tahlilan 40 hari, 100 hari, 1 tahun, 2 tahun, dan seribu hari kematian. Apa landasannya? Bagaimana perkataan seorang tabi’in bisa disebut sebagai hadits? Yang jelas tidak ada satu hadits pun yang menyebutkan bahwa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam mengadakan tahlilan ketika istri, anak, dan para sahabat ra. meninggal.

        Anda berkata,” silahkan anda kemukakan dalil khusus pelarangannya,”

        Kalau istri atau anak anda shalat dhuhur 2 rakaat, anda tidak boleh melarangnya. bukankah tidak ada dalil satupun yang melarang shalat dhuhur 2 rakaat? Dalam petunjuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam jelas shalat dhuhur adalah 4 rakaat, tetapi adakah hadits yang melarang orang shalat dhuhur 2 rakaat?

        Jadi, anda boleh saja berhaji ke monas, bukankah tidak satu dalil pun yang berbunyi,” jangan berhaji di monas.”

      • generasisalaf mengatakan:

        Apakah ada larangannya??

      • Abu Nawfal mengatakan:

        Saya juga bertanya pada anda, apakah ada larangan dalam hadits atau Al Qur’an jika anda shalat subuh 3 rakaat, atau berhaji di kuburan wali?

        Apakah masih kurang syariat, tuntunan atau tatacara beribadah yang sudah diberikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada kita sebagai Muslim?

        Mohon kalau beribadah jangan ditanya dalil yang melarang tapi carilah dalil yang memerintahkan. Contoh dalam pertanyaan saya diatas bisa dijadikan bahan renungan bagi kita. Bahwa menanyakan dalil larangan saja tidak cukup untuk melaksanakan suatu ibadah yang dianggap baik dan dilandasi dengan niat yang baik.

        Mohon maaf apabila ada kata2 yang kurang berkenan…..

      • generasisalaf mengatakan:

        Hendaknya Anda bisa membedakan antara perkara Syariat yang sudah di tetapkan sebagai perkara ibadah mahdhoh & bukan ghoiru mahdhoh, sebagaimana termaktub dalam Sabda Rasulullah saw:

        “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka jangan kamu sia-siakan dia; dan Allah telah memberikan beberapa larangan, maka jangan kamu langgar dia; dan Allah telah mengharamkan sesuatu, maka jangan kamu pertengkarkan dia; dan Allah telah mendiamkan beberapa hal sebagai tanda kasihnya kepada kamu, Dia tidak lupa, maka jangan kamu perbincangkan dia.” (HR Daraquthni) dihasankan oleh an-Nawawi

        Lebih lengkapnya anda bisa baca di sini https://generasisalaf.wordpress.com/2012/12/29/kaidah-fiqh/

        “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.” lalu berkata, “Yakni janganlah kalian asal berkata ini haram itu haram!” (An Nahl : 116)

        Sekarang saya balik bertanya adakah dalil anda melakukan daurah setiap hari Ahad/ Minggu ??

  3. Abu Bakar mengatakan:

    Lucu, blognya generasisalaf, tetapi isinya mengajak orang lain untuk keluar dari salaf. Kalian para penebar fitnah ini dibayar berapa sama dedengkot yahudi/syiah? Posting sih gak masuk akal, gak ada dalil yang jelas dan penuh dengan syubhat.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s