AQIDAH IMAM BUKHORI : ALLAH ADA TANPA TEMPAT

Posted: Juli 5, 2013 in AQIDAH AHLU SUNNAH WAL JAMA'AH

ALLAH ADA TANPA BUTUH TEMPAT

Aqidah Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat baginda, para ulama’ salafussoleh, dan aqidah majoriti umat Islam; Ahlussunnah Wal Jama’ah ialah bahawa Allah wujud tanpa bertempat dan tanpa arah. Kita akan banyak menemukan kenyataan para ulama’ terkemuka daripada satu generasi ke satu generasi dalam menetapkan keyakinan suci ini. Keyakinan bahawa Allah wujud tanpa bertempat dan arah juga merupakan keyakinan Syaikhul Muhaddiththin al-Imam Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Isma’il al-Bukhari (W. 256 H) yang masyhur dengan gelara IMAM BUKHARI, penulis kitab yang sangat mashur iaitu SAHIH AL-BUKHARI. Para ulama yang datang selepas beliau menuliskan syarah bagi kitabnya tersebut menyebutkan bahawa al-Imam al-Bukhari adalah seorang ahli Tauhid, beliau berpegang bahawa ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Salah seorang penulis Syarah Sahih al-Bukhari iaitu as-Syekh ‘Ali ibn Khalaf al-Maliki yang dikenali dengan Ibn Baththal (W. 449 H) menuliskan sebagai berikut:

“غَرْضُ الْبُخَارِيّ فِيْ هَذَا الْبَابُ الرَّدُّ عَلَى الْـجَهْمِيَّةِ الْمُجَسِّمَةِ فِيْ تَعَلُّقِهَا بِـهَذِهِ الظَّوَاهِرِ، وَقَدْ تَقَرَّرَ أَنَّ اللهَ لَيْسِ بِـجِسْمٍ فَلَا يـَحْتَاجُ إِلَى مَكَانٍ يَسْتَقِرّ فِيْهِ، فَقَدْ كَانَ وَلَا مَكَان، إِنَّـمَا أَضَافَ الْمَعَارِجَ إِلَيْهِ إِضَافَةُ تَشْرِيْفٍ، وَمَعْنَى الاِرْتِفَاعِ إِلَيْهِ اِعْتِلَاؤُهُ، أَيْ تَعَالِيْهِ، مَعَ تَنْزِيْهِهِ عَنِ الْمَكَانِ”.

Maksudnya:

Tujuan al-Bukhari dalam membuat bab ini adalah untuk membantah kaum Jahmiyyah Mujassimah, di mana kaum tersebut adalah kaum yang hanya berpegang teguh kepada zahir-zahir nas [daripada al-Quran dan Hadis yang mutasyabihat]. Padahal telah ditetapkan bahawa Allah bukanlah jisim, Dia tidak memerlukan kepada tempat dan arah. Dia Wujud tanpa ada permulaan [bagi kewujudan-Nya], tanpa arah dan tanpa bertempat. Adapun penisbatan “al-Ma’arij” adalah penisbatan untuk memuliakan (bukan bermakna Allah berada di arah atas). Juga makna “al-Irtifa’” adalah dalam makna bahawa Allah maha suci, Dia maha suci daripada bertempat [iaitu Allah tidak bertempat]”.

(Fath al-Bari, jilid. 13, halaman. 416).

Kenyataan Ibn Bathal ini diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari dan disepakatinya. Dengan demikian bererti keyakinan Allah wujud tanpa bertempat adalah merupakan keyakinan para ahli hadith secara keseluruhannya.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnyaFath al-Bari[1]:

“وَلا يَلْزَمُ مِنْ كَوْنِ جِهَتَيْ الْعُلْوِ وَالسُّفْلِ مُـحَالاً عَلَى اللهِ أَنْ لا يُوْصَفُ بِالْعُلْوِ لأَنَّ وَصْفَهُ بِالْعُلْوِ مِنْ جِهَةِ الْمَعْنَى، وَالْمُسْتَحِيْلُ كَوْنُ ذَلِكَ مِنْ جِهَةِ الْحِسِّ، وَلِذَلِكَ وَرَدَ فِيْ صِفَتِهِ الْعَالِيُّ وَالْعَلِيُّ وَالْمُتَعَالِيُّ.”

Maksudnya:

“Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil keatas Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna.Dan mustahil keadaan (tinggi) itudari segi hissi (pencerapan deria iaitu bertempat di atas), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-`Ali, al-Aliyy dan al-Muta`ali telah warid dalam pensifatan-Nya”.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`i (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari[2]:

“اِسْتَدَلَّ بِهِ أَثْبَتَ الْـجِهَةَ وَقَالَ هِيَ جِهَةُ الْعُلْوِ، وَأَنْكَرَ ذَلِكَ الْـجُمْهُوْرُ لِأَنَّ الْقَوْلَ بِذَلِكَ يَقْضِيْ إِلَى التَحَيُّزِ، تَعَالَى اللهُ عَنْ ذَلِكَ”.

Maksudnya:

“Golongan yang cuba menetapkan tempat bagi Allah menggunakan hadis ini (hadis nuzul) sebagai hujah bahawa Allah bertempat di atas, sedangkan jumhur ulama` (iaitulah Ahlussunnah kesemuanya) mengingkarinya kerana perkataan tersebut (Allah bertempat di atas) membawa maksud Allah mengambil ruang (bertempat) sedangkan MahaSuci Allah daripada bertempat [iaitu Allah tidak bertempat]“.

Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari[3]:

“فَمُعْتَمَدُ سَلَفُ الأَئِمَّةِ وَ عُلَمَاءُ السُّنَّةِ مِنَ الْـخَلَفِ أَنَّ اللهَ مُنَزَّهٌ عَنِ الْـحَرَكَةِ وَالتَّحَوُّلِ وَالْـحُلُوْلِ، لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ”.

Maksudnya:

“Muktamad sebagai pegangan salaf dari kalangan Ahl al-Sunnah dan juga khalaf bahawasanya Allah ta`ala tidak bergerak-gerak, tidak berubah-ubah dan tidak bertempat.Tiada yang menyerupai-Nya”.

 INGAT!!! Aqidah Islam adalah meyakini Allah wujud Tanpa Bertempat!!! Allah tidak memerlukan tempat!!!

Hati-hati dengan aqidah kufur iaitu golongan yang mengatakan Allah berada di langit, Allah berada di mana-mana, Allah berada di suatu tempat, Allah berada di atas Arasy, Allah meresap masuk ke dalam diri hamba-Nya, Allah bersatu dengan makhluk-Nya, maka ini semua Aqidah kufur dan orang yang berpegang dengan aqidah tersebut, hukumnya kufur terkeluar daripada agama Islam dan wajib bertaubat dengan segera iaitu mengucap dua kalimah syahadah dengan niat kembali kepada agama Islam.

[1]Ibn Hajar al-`Asqalani (t.t), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, j. 6, h. 136.

[2]Ibid, j. 3, h. 30.

[3]Ibid, j. 7.

Source: Ibnu Syafi’ie al Kalantani

IMAM BUKHORI PUN DIKAFIRKAN

Imam Bukhori di kafirkan

Komentar
  1. eris sazuke mengatakan:

    rangkuman penjelasan di atas dari penulis di blog ini sangat membingungkan. waspadalah. Imam Bukhari pasti meyakini bahwa Allah berada di atas Arasy. dari mana penjelasannya? lihat di quran surat thoha. Arsy adalah makhluk ciptaan Allah yang paling tinggi, sedangkan Allah maha tinggi. Tidak ada sesuatupun yang lebih tinggi daripda Allah subhanahu wata’ala.

    Nah saya tantang yang punya blog ini, siapa kamu dan dari mana kamu? apakah yang kmu anut. Sufisme kah? atau Syiah?

    • Muadz Rasyid mengatakan:

      . Ibnu ‘Abbas r.ahuma berkata:

      إن الله عز وجل كان على عرشه قبل أن يخلق شيئا فخلق الخلق فكتب ما هو كائن إلى يوم القيامة

      “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berada di atas ‘Arasy sebelum Dia menjadikan sesuatu, maka Dia menjadikan makhluk, dan menulis (takdir) setiap yang ada (diciptakan) sehingga hari kiamat.” (Syarh Usul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah, Al-Lalikai, jilid 3, halaman 396)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s