PANDANGAN AHLUL BAIT TERHADAP SYIAH

Posted: April 2, 2014 in SYI'AH

AHLBAYT

Oleh Sayeed Achmad

Daripada Zaid bin Wahb al-Juhani katanya: Apabila al-Hasan bin ‘Ali a.s. ditikam di al-Madain aku datang menemuinya dalam keadaan dia mengadu kesakitannya. Maka aku pun berkata kepadanya: “Apa pandanganmu wahai anak Rasulullah kerana sesungguhnya orang ramai dalam keadaan kebingungan (dengan apa yang berlaku)? Dia pun menjawab: “Demi Allah! Aku fikir Mu’awiyah lebih baik untukku daripada mereka-mereka ini.

Mereka mendakwa bahwa mereka adalah Syi’ahku tetapi mencari peluang untuk membunuhku, merampas barang berhargaku dan mengambil hartaku. Demi Allah! Jikalau aku mengadakan perjanjian dengan Mu’awiyah, dia akan melindungi darahku dan aku merasa aman dengan (perlindungannya) terhadap keluargaku. Itu adalah lebih baik daripada mereka (Syi’ah) membunuhku lalu akan terabailah kaum keluargaku dan isteriku. Demi Allah! jikalau aku memerangi Mu’awiyah mereka akan menangkap aku sehingga mereka akan menyerahkanku kepadanya (Mu’awiyah) sebagai tawanan. Demi Allah! jika aku mengadakan perdamaian dengannya dan aku dalam keadaan mulia adalah lebih baik daripada dia membunuhku sebagai tawanan atau dia akan membantuku lalu ia menjadi ikutan kepada Bani Hasyim di akhir zaman. (Rujukan: Ahmad bin Ali bin Abi Talib at-Thabarsi al-Ihtijaj jil. 2 hal. 290)

Kesimpulan :

1. Ahlul Bait yaitu Sayyidina Hasan r.a. yang didakwa oleh Syi’ah sebagai imam kedua mereka tidak percaya terhadap golongan yang mendakwa sebagai pengikutnya yaitu golongan Syi’ah.

2. Sayyidina Hasan r.a. menyedari bahwa Syi’ah telah cuba untuk membunuhnya dan merampas segala hartanya.

3. Sayyidina Hasan r.a. juga menyedari bahwa Syi’ah hanyalah golongan pembelot yang hanya mendakwa sebagai pengikut setia sahaja.

Syi’ah: Imam Maksum Menjadikan Laknat Kepada Sahabat Nabi S.A.W.

Sebagai Wirid Selepas Sembahyang. Daripada Husain bin Thuwair dan Abi Salamah as-Sarraj, kedua-duanya berkata: “Kami mendengar Abu Abdillah a.s. melaknat selepas setiap sembahyang fardhu empat orang lelaki dan empat orang perempuan yaitu si-fulan, si-fulan, si-fulan dan Mu’awiyah serta ia menyebut nama mereka dan si-fulanah, si-fulanah[1], Hindun dan Umm al-Hakam yaitu saudara perempuan Mu’awiyah”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Furu’ min al-Kafi jil. 3 hal. 342).

Source: Piss-KTB

Kesimpulan :

1.Syi’ah mengatakan imam maksum di sisi mereka mengajarkan supaya melaknat sahabat-sahabat Nabi s.a.w. selepas setiap kali sembahyang.

2.Syi’ah bukan sekadar membenci, mengkafirkan dan melaknat sahabat-sahabat Nabi s.a.w. bahkan lebih dari itu menjadikan laknat kepada mereka sebagai amalan rutin harian.

Syi’ah: Abu Bakar Dan Umar Dilaknat Oleh Allah, Malaikat Dan Sekalian Manusia

Hannan daripada ayahnya daripada Abi Ja’far a.s. (Muhammad al-Baqir), katanya (perawi yaitu ayah Hannad): saya berkata kepadanya: “Apakah anak-anak Ya’kub itu adalah nabi-nabi? Beliau (Abu Ja’far) menjawab: “Tidak! Tetapi mereka adalah keturunan anak nabi-nabi. Mereka tidak meninggalkan dunia kecuali dalam keadaan bahagia, bertaubat dan mengingati apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya syaikhain (dua orang syaikh. Maksud syaikhain di dalam kitab-kitab Syi’ah ialah Abu Bakar dan Umar) telah meninggalkan dunia dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak mengingati apa yang mereka berdua lakukan terhadap Amir al-Mukminin (Ali) a.s.. Maka la’nat Allah, malaikat dan sekalian manusia ditimpakan keatas mereka berdua”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 246).

Kesimpulan :

1.Syi’ah mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a. telah melakukan kezaliman terhadap Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dan meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat di atas dosa tersebut.

2.Syi’ah mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a. dila’nat oleh Allah, malaikat-malaikat dan sekalian manusia.

Syi’ah: Kepercayaan Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama

Daripada Abi Fudhail daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”.

Daripada Fudhail bin Yasar daripada Abi Jaafar a.s. katanya: “Islam dibina di atas lima perkara, di atas sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak diseru kepada mana-mana rukun sebagaimana seruan kepada al-Walayah”. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan yang ini, yaitu al-Walayah ”. Daripada Ibn al-‘Arzami daripada ayahnya daripada Ja’far as-Sadiq a.s. katanya: “Asas-asas Islam ada tiga, sembahyang, zakat dan al-Walayah. Tidak sah (beriman atau menegakkan) salah satu daripadanya kecuali mesti disertai dengan dua asas lagi”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini al-Usul min al-Kafi jil. 2 hal. 18).

Kesimpulan :

1.Rukun Islam Syi’ah berbeza dengan rukun Islam Ahl as-Sunnah Wa al-Jama’ah dan perbezaan pada rukun agama membawa kepada perbezaan dari segi akidah.

2.Syi’ah mengatakan Ahl as-Sunnah telah meninggalkan rukun Islam terpenting di sisi mereka yaitu al-Walayah dan hanya mengambil empat rukun sahaja.

3.Syi’ah telah menolak salah satu rukun Islam paling utama di sisi Ahl as-Sunnah yaitu mengucap dua kalimah syahadah.

4.Syi’ah mengatakan ibadat sembahyang dan zakat Ahl as-Sunnah dan ibadat-ibadat yang lain tidak sah kerana tidak disertakan dengan al-Walayah yaitu kepercayaan kepada dua belas imam sebagaimana pegangan Syi’ah[1].

——————-

[1] Dua belas imam Syi’ah itu ialah:

1. `Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)

2. Hasan bin `Ali (wafat 50 H)

3. Husain bin `Ali (wafat 61 H)

4. `Ali Zainal `Abidin bin Husain (wafat 94 H)

5. Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin (wafat 117 H)

6. Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)

7. Musa al-Kazim bin Ja`far as-Sadiq (wafat 183 H)

8. `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)

9. Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha (wafat 220 H)

10. `Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)

11. Hasan bin `Ali al-`Askari (wafat 260 H)

12. Muhammad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib 260 H).

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s