IMAM BUKHORI TIDAK MENOLAK HADITS DHAIF SECARA MUTLAK

Posted: April 24, 2015 in STOP MENUDUH BID'AH !!, SUNNAH - ADAB & NASIHAT, TAFSIR & QOUL ULAMA
Tag:

Hadits Lemah vs Hadits Palsu

Aku telah bertanya kepada Syaikh Al-Muhaddith Dr. Hamzah `Abdullah Al-Malibari berkenaan kenapa wujudnya hadith-hadith dhaif dalam kitab Al-Adab Al-Mufrad, dan juga manhaj Imam Al-Bukhari dalam hadith dhaif berkenaan fadhail.

Soal ku kepada Al-Syaikh
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم وبعد إلى شيخنا الكريم / الدكتور حمزة عبدالله المليباري / حفظك الله قال الشيخ جمال الدين القاسمي (شيخ للشيخ أحمد محمد شاكر) إن الإمام البخاري كان ممن يرفضون الحديث الضعيف مطلقا. لكن، لماذا أخرج البخاري أحاديث ضعيفة في كتابه الأدب المفرد؟ علما بأن البخاري لا يشترط الصحيح فيه كما في صحيح البخاري، لكن ما المراد بإخراجه الأحاديث الضعيفة في الأدب المفرد، شواهدا كان أو متابعات أو اعتبارا؟ وما هو المنهج الصحيح للإمام البخاري في التعامل مع الأحاديث الضعيفة؟ أرجو المساعده بارك الله فيكم

Terjemahan Bebas:

“Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada Saidina Rasulullah SAW, wa ba’d, kehadapan Syaikh kami yang mulia / Dr. Hamzah `Abdullah Al-Malibari / hafizakallah, Berkata Guru Syaikh Ahmad Muhammad Syakir (rhm) yakni Syaikh Jamaluddin al-Qasimi (rhm) – sesungguhnya Al-Imam Al-Bukhari (rhm) adalah salah seorang tokoh yang menolak hadith dha’if secara mutlak. Persoalannya mengapa Al-Imam Al-Bukhari turut memasukkan hadith-hadith yang dha’if dalam kitab beliau Al-Adab al-Mufrad? Maklum, memang beliau tidak meletakkan syarat sahih sebagaimana Sahih Al-Bukhari tetapi apakah yang dikehendaki oleh Al-Imam Al-Bukhari (rhm) dengan memasukkan hadith2 dha’if dalam Al-Adab Al-Mufrad? Sebagai syahid, mutaba’at dan i’tibar kah? Atau bagaimana sebenarnya manhaj Al-Imam Al-Bukhari dalam berinteraksi dengan hadith-hadith dha’if? Mohon bantuan (yaitu penjelasan -pent) Moga Allah memberkati kamu semua”.

Jawaban:

Maka sesungguhnya telah menjawab Syaikhana Dr. Hamzah `Abdullah Al-Malibari, katanya:

وعليكم السلام والرحمة , والإكرام هذا صحيح بالنسبة إلى صحيح البخاري أما في غيره من الكتب التي لم يشترط فيها الصحة فغير صحيح، وليس فيه نص صريح أو نص غير صريح وأكبر دليل على ذلك محتوى كتاب الأدب المفرد الذي لم يشترط فيه الصحة وليس من المحدثين من يرفض رواية الحديث الضعيف إلا إذا كان من رواية الكذابين ولسماع الحديث الضعيف (و) روايته أغراض كثيرة

Terjemahan Bebas:

“Wa’alaikumussalam wa rahmatullah, dan Salam Hormat. Ini (yaitu dakwaan bahwa Al-Bukhari menolak berhujah dengan hadith dhaif secara mutlak termasuk dalam Fadhail – pent) adalah benar dinisbahkan kepada Sahih Al-Bukhari (yaitu jika yang dimaksudkan adalah kepada manhaj Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya saja, karena syarat-syarat beliau dalam kitab Sahihnya adalah sangat ketat -pent) .

Adapun pada karya-karya beliau yang lain (selain Sahih Al-Bukhari -pent) yang mana beliau tidak mensyaratkan padanya kesahihan maka (dakwaan bahwa beliau menolak berhujah dengan hadith dhaif secara mutlak termasuk dalam fadhail – pent) adalah tidak benar (karena syarat-syarat beliau dalam kitab-kitab selain Sahih nya adalah tidak ketat – pent), tiada teks yang sarih (jelas) atau teks yang tidak sarih (untuk mendakwa bahwa Al-Bukhari menolak berhujah dengan hadith dhaif secara mutlak termasuk dalam Fadhail – pent), dan dalil (bukti) yang paling besar (utama) dalam masalah ini adalah kandungan hadith-hadith dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad yang mana beliau sendiri tidak mensyaratkan kesahihan padanya.

Dan tiadalah (daripada amalan -pent) para Ahli Hadith (yaitu huffaz Al-Mutaqaddimin -pent) yang menolak riwayat hadith dhaif (dalam Fadhail -pent), kecuali jika ianya adalah daripada riwayat para pendusta , dan tujuan untuk mendengar hadith dhaif (dan) meriwayatkannya mempunyai pelbagai tujuan yang banyak”.

Source: Ust. M. Fatih

***
Jawaban dari Syaikhuna Dr. Mahir Yasin Al-Fahl:

حبيب قلبي : ما ذكر عن الإمام البخاري من رفضه الأحاديث الضعيفة غير صحيح ، وأخذ بسبب تشدد البخاري في شروط الصحيح في جامعه الصحيح ، أما عن تخريجه للأحاديث في الأدب المفرد فهذا منهجه ومنهج أهل العلم قاطبة الترخص في الضعيف في الفضائل

Terjemahan Bebas:

“Kepada yang ku cintai di hati ku: (ketahuilah -pent) apa yang di dakwa (sesetengah pihak -pent) berkenaan Al-Imam Al-Bukhari bahawa beliau merupakan seorang yang menolak hadith-hadith dhaif (secara mutlak, termasuk dalam hal-hal fadhail – pent) adalah tidak benar, (ketahuilah bahawa mereka – pent) mengambil pandangan sedemikian adalah di sebab kan (apa yang mereka dapat lihat akan – pent) ketatnya Al-Imam Al-Bukhari dalam syarat-syarat hadith Sahih dalam kitab Jami’ nya Al-Sahih (iaitu Sahih Al-Bukhari – pent).

Adapun berkenaan takhrij hadith-hadith (pengeluaran hadith, iaitu hadith yang di masukkan -pent) beliau dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad inilah manhaj beliau (yang sebenar -pent) dan juga manhaj Ahli Ilmu (iaitu para Huffaz Al-Mutaqaddimin – pent) seluruhnya, mereka ringan dalam (beramal -pent) dengan hadith-hadith dhaif dalam bab fadhail” Sekian di kongsi, moga bermanfaat.

Source: Ust. M. Fatih

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s