IMAM MASJID TEMERIS (MALAYSIA) WAFAT SAAT MENGIMAMI SHOLAT IDUL ADHA

Posted: September 25, 2015 in NEWS & INFO
Tag:

KUALA PILAH 24 September 2015. (SBN912J / NS7443Y) Masjid Kampung Temeris, Kuala Pilah. STR/Amran Yahya

Sekitar 300 jemaah Masjid Kampung Temeris terkejut mendapati tubuh imam masjid yang sedang mengimamkan solat sunat Idul Adha tiba-tiba terbalik dan tidak bergerak-gerak lagi setelah itu.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi, A. Karim Ismail (gambar kecil), 66 tahun, yang diperiksa jemaah yang heran dengan apa terjadi terhadap dirinya yang telah mendapati Beliau sudah meninggal dunia.

Untuk menyempurnakan solat sunat Idul Adha tsb Beliau digantikan oleh bilal masjid berkenaan, Sadri Omar yang kemudian membaca khutbah Idul Adha

Putra imam tsb, Amran, 40 th, berkata, ketika di tahiyat akhir, Ayahnya sedikit batuk sebelum akhirnya tubuhnya tiba-tiba tumbang ke sebelah kiri.

Kata Amran lagi, beberapa jemaah yang memeriksanya kemudian mendapati denyutan nadinya sudah tidak ada sebelum Beliau dibawa ke RS. Tuanku Ampuan Najihah (Malaysia( untuk pemeriksaan.

“Sampai di RS, pihak RS mengesahkan ayah sudah meninggal dunia,” kata Amran.

Sementara itu Ketua Kampung Temeris, Mohd. Yunus Abdullah, 64, berkata, Allahyarham A. Karim merupakan imam yang sangat dise­nangi penduduk di kampung itu kerana sifatnya yang mudah mesra selain suka menolong orang.

Jenazah A. Karim dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temeris.

Source: kosmo.com.my & utusan.com.my

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s