KISAH PEMUDA SYIAH BERGURU DENGAN ULAMA SUNNI

Posted: Mei 10, 2016 in SUNNAH - ADAB & NASIHAT, SYI'AH
Tag:

Syekh Al-Azhar mengimami sholat

“Saya mendengar cerita: Seorang penganut Syiah belajar Qiraat Tujuh dengan seorang guru Sunni lalu kembali ke negerinya.

Setibanya di negeri tersebut, penduduk di kampungnya memuji keilmuannya. Mereka berkata: “Sungguh hebat kamu. Tiada aib padamu selain engkau berguru dengan seorang sunni.”

Orang itu menjawab: “Perkara tersebut tidak merugikan saya. Saya ibarat meminum madu lalu membuang cawannya.”

Ucapan ini terdengar oleh guru beliau. Tokoh sunni ini mengajak murid-muridnya untuk membaca surah Yasin dengan niat “mengambil balik madu tersebut”. Sempurna surah itu dibaca, lenyap semua ilmu di hati pemuda Syiah tersebut. Ia lalu kembali menghadap gurunya dan bertaubat daripada kesesatannya. Ia melepaskan kelalaiannya lalu Allah mencurahkan rahmat kepadanya.”

Kisah diatas diceritakan oleh Syeikh Ali al-Qari dalam kitab Al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Ahadith al-Maudu’ah yang khas menghimpun hadis-hadis palsu. Beliau bercerita sedemikian apabila membincangkan status hadis: “Surah Yasin (berguna) untuk setiap bacaan yang diniatkan.”

Beliau lalu menukil ucapan al-Sakhawi: “Tiada asal dengan lafaz sedemikian. Namun hadis ini qat’i (sangat sahih) mengikut jamaah Syeikh Ismail al-Jabarti di Yaman kerana keberkesanannya.”

Source: Ust. Umar Muhammad Noor

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s