KESALAHAN FATAL TERJEMAH KITAB SYAFI’IYAH OLEH ULAMA YANG TAK BERSANAD

Posted: Juli 27, 2016 in STOP MENUDUH BID'AH !!, SUNNAH - ADAB & NASIHAT, TAFSIR & QOUL ULAMA, TAHRIF KITAB & KHIANAT ILMIAH, WAHABI - SALAFY AHLI TAKFIR & TABDI
Tag:, ,

Buku Fanatik Madzhab buku yang menyesatkan

SANGGAHAN KE ATAS PENIPUAN / PENDUSTAAN MAZA MUFTI PERLIS

(MAZA Tuduh Mazhab Syafie tidak melakukan Iqamah di Masjid Nabi; Bahagian 1)

Oleh: Abu Syafiq 0192713781

1- Mohd Asri Bin Zainul Abidin (MAZA) terbaru telah mempergunakan Jabatan Mufti Perlis untuk mencetak buku tulisannya sendiri berjudul “Fanatik Mazhab Fekah & Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat”.
Lepas Kuliah Maghrib saya tadi saya telah dihubungi oleh beberapa kenalan bertanyakan perihal buku tersebut yang boleh dimuat-turun dilaman web rasmi Jabatan Mufti Perlis.

2- Maka saya diberikan naskhah rasmi buku tersebut dan saya amat terkejut apabila mula membeleknya saya dapati terlalu banyak penipuan dan pendustaan fakta dilakukan oleh MAZA Mufti Perlis dalam bukunya tersebut.

Bukan niat saya mahu memburuk-burukkan MAZA namun tulisanya dalam buku tersebut sarat dengan agenda jahat dan nukilan yang sekerat-sekerat lalu dia cuba mengambarkan kepada pembaca fikrah tidak sihat yang ada padanya itu kononnya ia adalah juga pegangan ulama-ulama Islam.

3- Izinkan saya mengkritik satu-persatu secara ringkas penipuan MAZA tersebut dari akhir tulisannya kerana dalam buku itu bahagian akhir MAZA mengkritik seorang ulama Islam terkenal bermazhab Syafie iaitu Syeikh Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali Bin Abdul Kafi As-Subki (771H) dan cuba memburuk-burukkan beliau sedangkan MAZA langsung tidak memahami tulisan Imam Tajuddin As-Subki sehingga bukan sahaja membawa kepada tuduhan kononnya Mazhab Syafie meninggal amalan Iqamah selama lebih ratusan tahun di Masjid Nabi tetapi MAZA turut salah menterjemah kata-kata Imam As-Subki tersebut.

Setelah MAZA salah terjemah kemudian mengkritik pula Imam As-Subki. Siapakah MAZA yang salah menterjemah itu jika mahu dibandingkan dengan Imam As-Subki ulama Islam yang mahu diperlekehkannya?

Terjemah yang salah dari Buku Fanatik Madzhab

4- Mukasurat 56 MAZA mendakwa Imam As-Subki berkata Mazhab Syafie meninggalkan Iqamah Solat di Masjid Nabi sejak 563H.
Sedangkan Imam As-Subki tidak mengatakan sedemikian.
Apa yang dinyatakan oleh beliau dalam kitab Tobaqat Asy-Syafi’iyyah Al-Kubro itu adalah : Semenjak 563 tahun sehingga zaman beliau umat Islam yang bermazhab Syafie dilantik sebagai Khatib & Imam di Mekah dan di Madinah. Ulama-ulama Mazhab Syafie itu berkhutbah dan umat Islam bersolat didalam Masjid Nabi mengikut Imam dan cara Mazhab Syafie dengan mereka melakukan Qunut Subuh, men’jahar’kan bacaan Bismillah dan men’tafrid’kan Iqamah.

Kasihan MAZA tidak jumpa terjemahan dan jahil pada perkataan يفردون الإقامة dalam kitab Imam As-Subki itu sehinggakan salah menterjemahkannya lalu mengakibatkan tuduhan keatas Mazhab Syafie kononnya meninggalkan Iqamah Solat.

Kesalahan ini bukan sahaja kerana kesalahan terjemahan MAZA tetapi dalam memahami displin penulisan MAZA sepatutnya merujuk kepada ahlinya bukan pakai tibai aja sehingga membawa kepada kesalahan besar.

Makna يفردون الإقامة adalah mereka membaca bacaan Iqamah itu satu kali sahaja pada kebanyakan daripada lafaz Azan. Ia lawan kepada perkataan Syafa’ yang bacaan diulang 2 kali.

Kan Azan kita ulang 2 kali. Iqamah seluruh Mazhab Syafie pula satu kali pada beberapa lafaz daripada Azan itu.
Itulah Mazhab Syafie kerana ada mazhab lain pada Iqamah mereka baca 2 kali daripada kebanyakan lafaz Azan yang hampir sama seperti Azan. Ini kerana mazhab lain yang mengulangi 2 kali pada bacaan Iqamah itu mereka berdalilkan dari cara Saiduna Abi Mahzurah melakukannya. Manakala Mazhab Syafie juga sebahagian mazhab lain membaca sekali sahaja pada Iqamah.

Contoh dalam Azan kita Mazhab Syafie sebut “Asy-hadu Alla Ilaaha Ilallaah” sebanyak 2 kali tetapi dalam Iqamah kita sebut 1 kali.. Itulah namanya TAFRID. Bukan makna ‘tafrid’ itu MENINGGALKAN IQAMAH seperti dakwaan Asri Al-Jahili.

5- Banyak lagi penipuan dalam buku MAZA tersebut yang bakal saya bongkarkan demi mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar dan mempertahankan perjuangan ulama Islam sebenar. Jika terjemah pun tak reti ada hati nak kutuk ulama.

Bertaubatlah wahai Wahhabi & Syiah. Belajarlah secara berguru bukan terjemahan guna SS Pak google and SF Pak yahoo sahaja.

Kata Imam Abdullah Al-Harari dan selainnya:
” Ilmu Ini Adalah Agama Maka Lihatlah Dengan Siapa Kamu Mengambil Fahaman Agama Ini “.

berhati-hati dijalan raya..

# Sanggahan kedua

(MAZA tuduh & memburukkan Imam As-Subki Ulama Mazhab Syafie; Bahagian 2)

Oleh ; Abu Syafiq 0192713781

1- Alhamdulillah sanggahan Bahagian 1 saya telah diakui kesalahannya oleh MAZA sendiri dan dia mendakwa akan memperbetulkannya.
Walaupun ayat selepas itu dia maki dan kutuk saya setelah mengaku bersalah namun perangai begitu memang dari dulu saya dah tahu meleket setiap masa padanya. Biarlah dia maki dan hina saya asalkan kerana Allah saya berjaya membetulkan kejahatan dia keatas fahaman Islam dan ulama Islam. Ibarat kalau kita nak selamatkan anjing yg tersepit dia marah kita pun takpe asal dia selamat.

2- Namun kesalahan lain lebih buruk dilakukan oleh MAZA dalam buku tersebut (“Fanatik Mazhab Fekah & Kesan Negatifnya Terhadap Pemikiran Umat”) sangat banyak dan bahaya.

Bahkan MAZA kelihatan mengambil peluang dengan cetakan Jabatan Mufti Perlis itu untuk menghina dan memburukkan ulama mazhab Syafie iaitu Imam Tajuddin As-Subkiy.
Saya tidak tahu mengapa dalam ramai-ramai tokoh ilmuan yg dinyatakan dia berkali-kali mengkritik Imam As-Subkiy bahkan orang yg paling diumpamakan olehnya sebagai Fanatik Mazhab itu adalah Imam As-Subkiy. Sedangkan Imam As-Subkiy tidak begitu.

Why? mengapa? Saya tidak pasti namun yang pasti Imam As-Subki adalah ulama yg sangat alim juga kerap membongkar perihal Ibnu Taimiah. Adakah kerana imam As-Subkiy menegur Ibnu Taimiah maka menjadi halal bagi kamu menuduh dan menghina beliau. Dahlah terjemah pun salah. Bukan saja salah pada terjemahan tersebut bahkan pada teks tersebut pasal tahun pun anda salah.
Disebut oleh As-Subkiy adalah “Orang ramai semenjak 563 tahun lagi berkhutbah dan sembahyang mengikut Mazhab Syafie”. Tapi MAZA terjemah lain dan salah ” Orang ramai semenjak 563 HIJRAH..”. Ada beza makna yang besar antara perkataan Semenjak 563 tahun dengan Semenjak 563 Hijrah.
Inilah kejahilan MAZA yg cuba burukkan ulama Islam. Kerana itu jangan buruk-burukkan ulama jika kitapun banyak salah ketika memaki ulama.

Untuk pengetahuan semua MAZA seorang yg Ta’assub dengan Ibnu Taimiah dan beranggapan bahawa Ibnu Taimiah adalah Mujaddid yang dipilih Allah sendiri (rujuk teks gambarnya).
Tang mana nas Quran kata gitu saya tak jumpa. Lama dah saya tanya. Kali ini saya ulang lagi..
Wahai MAZA…Dimana dalil Quran dan Hadith menyebut Ibnu Taimiah itu adalah Mujaddid dipilih Allah sendiri seperti kamu dakwa? Sila jawab hok ni nanti ye jangan senyap jek!

3- Buku MAZA tersebut pada mukasurat 55 dan awal 56 sekali lagi dia meghina, mengkritik dan menuduh Imam As-Subkiy kononnya Imam As-Subkiy seorang yg sangat Fanatik Mazhab yang boleh merosakkan pemikiran agama.
Benarkah tuduhan MAZA tersebut??

Salafy Menuduh Ulama Syafi'i Ta'ashub Madzhab

Akibat gagal memahami nas/teks ulama maka melatah awal golongan Wahhabi mengkritik As-Subkiy.

Dendam mereka terhadap Imam As-Subki hanya kerana Imam As-Subkiy menyanggah secara ilmiah keatas ‘firman’ mereka iaitu Ibnu Taimiah pada pelbagai isu akidah antaranya isu Alam Ini Qadim, Tajsim dan banyak lagi percanggahan Ibnu Tamiah dengan Ijmak Ulama.

Bagi mereka yang mendalami ilmu Mazhab Syafie dia biasanya akan kerap terjumpa kenyataan Imam As-Subkiy dalam banyak kitab dalam Fiqh Asy-Syafi’iyyah.
Terlalu banyak kata2 dan ungkapa Imam As-Subkiy yang menolak Fanatik Mazhab dan Taqlid buta tanpa displin. Antaranya kata Imam Tajuddin As-Subkiy:

” Dan antara mereka yang mengambil sikap panas dalam masaalah furu’ (fekah) pada sebahagian mazhab-mazhab dan mencantumkan perkara yang susah dan tengelam dalam kataksuban/fanatik dan ini adalah antara keburukan akhlak.

Aku telah mendapati dikalangan kumpulan mazhab-mazhab golongan yang berlebihan dalam ketaksuban/fanatik sehinggakan sebahagian mereka tidak mahu solat dibelakang orang lain dan selainnya dari isu yang tidak sanggup dinyatakan.
Wahai!..betapa tidak bagusnya mereka!

dimana mereka dengan Allah ta’ala! Seandainya Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah rahimahumallah hidup pasti keduanya akan menyanggah keatas golongan ini (fanatik mazhab)”.

– Abdul Wahhab Tajuddin As-Subkiy dalam kitab Mu’iid Ni’am Wa Mubidun Niqam MS 62. Bahkan dalam kitab yang sama As-Subkiy mengkritik banyak kali golongan yang Ta’assub Mazhab (rujuk MS 63).

Maka amat jelas Imam As-Subkiy menolak Ta’assub Mazhab yang membuta tuli bahkan menggalakkan sesiapa yang mempunyai kudrat dan keahlian untuk berijtihad maka silakan selagi ia baik untuk ummah.

Malangnya MAZA menuduh sebaliknya keatas beliau. Bahkan MAZA bertanya pula soalan mencemuh kepada Imam As-Subkiy padahal beliau sudah meninggal dunia sejak hampir 700 tahun yang lalu.

Semoga Allah memberi hidayah kepada mufti perlis ini agar kembali kepada sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar.

-Abu Syafiq Pahang 11pagi 27.7.2016.

# SANGGAHAN KE 3 KEATAS MAZA.

(BUKAN 563 HIJRAH TAPI SEJAK 563 TAHUN)

Oleh: Abu Syafiq 0192713781

Kesalahan Terjemah Buku Fanatik Madzhab

1- Akibat amat gopoh terbaru kini sekali lagi MAZA salah menterjemah kata-kata Imam As-Subki.
Kali ini pada isu TAHUN. Pelik dan ajaib hanya pada 1 teks Imam As-Subki.. Asri Mufti Perlis boleh silap terjemah sebanyak hampir puluhan kali ketika dia cuba menghina mengutuk ulama Imam As-Subki.

2- Allah bagi ‘cash’ kau cuba hina ulama Syafie itu kau silap terjemah katanya banyak kali pada 1 teks sahaja walaupun engkau dah cuba betulkan banyak Kali. Allah Allah.
Ini akibat cuba aibkan dan hina ulama.

3- Selain terjemahan MAZA yg salah yg ada saya nyatakan pada Sanggahan Bahagian 1..
Teks yg sama pada perenggan sebelumnya juga MAZA silap berkali-kali iaitu:
والناس من خمسمائة وثلاث وستين سنة يخطبون في مسجد رسول الله..
Terjemah betul adalah:
“Dan orang ramai semenjak 563 tahun…”.

Tapi terjemah salah MAZA :
“Orang ramai semenjak tahun 563 HIJRAH…”.

Kesalahan yg ini juga membawa makna yg sangat berbeza.

Maka aku bukan mahu aibkan engkau MAZA..
tapi bila kau cuba aibkan & fitnah Ulama Besar aku nak tunjuk kesannya pada sapa sahaja termasuk kau!

 

Source: Ust Abu Syafiq Malaysia

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s