KITAB NASHOIHUL ‘IBAD KARYA SYEKH NAWAWI BANTEN

Posted: Oktober 18, 2016 in KHAZANAH ISLAM, KITAB KARYA ULAMA NUSANTARA, KONTRIBUSI ULAMA ASWAJA, SUNNAH - ADAB & NASIHAT
Tag:,
nashaihul-ibad

Pic by tokobukumenarakudus

Kitab Nasha-ih al-‘Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad merupakan karya al-Sheikh al-‘Allamah Abu Abd al-Mu’thi Muhammad Nawawi bin ‘Umar al-Banteni al-Jawi. Seorang ulama nusantara yang terkenal pada abad ke 19 Masihi. Beliau dilahirkan di Kampung Tanara, Serang, Banten, Indonesia pada tahun 1815 M/1230 H. Pada tanggal 25 Syawal 1314 H/1897 SyeikhMuhammad Nawawi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun. Ia dimakamkan di Perkuburan al-Ma’la dekat makam Siti Khadijah, Ummul Mukminin istri Nabi saw.

Kitab Nasha-ih al-‘ibad merupakan syarah atau huraian kepada kitab Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad karya ulama hadis terkenal al-Imam al-Hafiz al-Syeikh Syihabuddin Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Ahmad al-‘Asqalani al-Syafi-‘i [773-852 H ] yang mengandungi himpunan hadis dan atsar yang disusun mengikut urutan angka.

Kitab Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad

Nama kitab karya Ibn Hajar al-‘Asqalani ini, diambil dari muqaddimah pengarangnya;

“….Inilah “ Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad ” ( beberapa peringatan untuk persediaan menghadapi hari kiamat )”

Ibn Hajar al-‘Asqalani menerangkan ringkasan kandungan kitabnya;

“ ..maka sesungguhnya sebahagian daripada peringatan itu, ada terdiri dari dua unsur, tiga unsur sehingga ada yang mengandungi sepuluh unsur. Jumlah makalahnya 214, jumlah hadisnya 45, dan bakinya adalah atsar [ kata-kata Sahabat ]”.

Kitab Nasha-ih al-‘Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad

Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi telah menamakan kitab syarahnya ini dengan “ Nasha-ih al-‘Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad ” sebagaimana di muqaddimah kitabnya;

“…..Ini adalah syarah ( penjelasan ) yang saya letakkan bagi sebuah kitab yang mengandungi nasihat-nasihat yang dikarang oleh al-‘Allamah, Syihabuddin Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Ahmad al-Syafi-‘i, yang terkenal dengan nama Ibn Hajar al-‘Asqalani al-Mishri… . Saya namakan kitab ini; “ Nasha-ih al-‘Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad li Yawm al-Ma’ad ” . Dan saya memohon kepada Allah yang Maha Pemurah, semoga member manfaat dengan sebab kitab ini kepada kaum muslimin dan semoga Allah menjadikannya sebagai simpanan pada hari kiamat ”

Beberapa maklumat cetakan kitab ini;

Saya hanya menemui sebuah kitab ini dalam bahasa asalnya ( bahasa’Arab ), berikut butirannya;
– Judul Kitab : Syarh Nasha-ih al-‘Ibad.
– Penerbita; Maktabah Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyah Indonesia.
– Bil. Halaman; 80 halaman.
– Bentuk cetakan; dicetak seperti kitab kuning / ktab jawi yang biasa beredar di pasaran.

Terjemahan kitab yang ada dalam koleksi saya;
– Judul Kitab: Dicetak di kulitnya dengan tulisan Arab “ Nasha-ih al-‘Ibad ”, kemudian dibawahnya disebutkan “ Terjemah Nashaihul Ibad ” , memuatkan 208 makalah, 1072 butir nasihat bagi hamba Allah ”.

– Terbitan: Pustaka Amani – Jakarta , Cetakan 2, 2002.

– Disebutkan di bahagian atas covernya Ibnu Hajar al-Asqalani dan di halaman dalamnya disebutkan Karya: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Syarah: Muhammad Nawawi bin ‘Umar.
– Penterjemah: Drs. I. Solihin
– Bil. Halaman; 335 halaman.
– Matan/redaksi asal kitab al-Munabbihat dalam bahasa ‘Arab dikekalkan dan terjemahannya di letakan bersebelahan matan. Manakala terjemahan syarah/huraian oleh Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi diterjemahkan tanpa dilampirkan redaksi asalnya dalam bahasa Arab. Ayat al-Quran, hadis dan atsar sahabat serta pendapat ulama/hukamak yang menjadi menjadi sandaran syarahnya dikekalkan dalam bahasa Arab diberikan terjemahannya.

Terjemahan kitab Nasha-ih al-‘Ibad terbitan Perniagaan Jahabersa.
– Judul kitab; Nashaihul Ibad , Nasihat-nasihat agama kepada calon penghuni syurga.
– Penyusun kitab ; Disebutkan di covernya nama Imam Nawawi. Ada kekeliruan pada nama penyusun sebenar kitab tersebut kerana pada pengantar penterjemah pula dicatatkan kitab ini adalah terjemahan dari kitab “Nashaih al-Ibad fi Bayan Alfaz Munabbihat ‘Ala al-Isti’dad liyawn al-Maad” karya salah seorang ulama terbilang dari Nusantara yang telah menjadi mufti tanah suci Mekkah tempoh dahulu. Manakala pada pengantar penyusun sendiri memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad Nawawi bin ‘Umar al-Jawi. Oleh itu penyusun kitab ini bukanlah Imam al-Nawawi atau nama penuhnya al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf al-Nawawi al-Syafi’i ( 631-676 H), yang terkenal sebagai tonggak mazhab Syafi’I itu, tetapi penyusun sebenar ialah al-Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi. Saya terfikir juga kenapa dicatat Imam Nawawi. Adakah ini satu tektik pemasaran semata-semata atau berlaku kesilapan editingnya. Mungkin boleh juga dikekalkan nama tersebut dengan tambahan al-Jawi di belakangnya, bagi membezakannya dengan Imam Abu zakariya Yahya al-Nawawi .
– Penterjemah; Abu Mazaya Al-Hafiz atau Masruhan Kyai Choteb al-Hafiz
– Penerbit: Perniagaan Jahabersa, cetakan 3, 2010
– Bil. Halaman: 480 halaman.

Source:abusyahmin

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s